BONJOUR
The city that never sleeps




posted : Friday, 3 February 2012
title : Sahabat Terindah (Part 1)

sahabat terindah (part 1)

By Nur Syahira on Saturday, January 04, 2012 at 11:37pm
Gelak tawa mereka selalu menceriakan kelas. Boleh dikatakan merekalah yang paling riuh rendah di dalam kelas. Ada sahaja yang menjadi topik perbualan antara mereka. Mereka seakan-akan tidak jemu bercerita. Apabila tamatnya waktu persekolahan, mereka selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Lagi pula, mereka harus belajar bersungguh-sungguh kerana SPM semakin dekat. Mereka tidak mahu mensia-siakan masa yang ada. Bak kata perpatah, masa itu emas. mereka berdua sangat akrab. Dimana ada Dania, disitu ada Tina. Mereka sering dianggap seperti isi dengan kuku. Mereka seperti adik-beradik yang sukar untuk dipisahkan. 
'Hari ni, kita belajar subjek math nak tak Tina ? Dania lemah math. Tina sudi tak bantu Dania ?' 'Mestilah Tina nak tolong. Kita kan kawan . Dania tak faham yang mana? InsyaAllah, Tina boleh bantu' Mereka pun bersama-sama membuat latihan matematik . Tina tidak pernah kedekut ilmu kepada rakan-rakannya. Sikap Tina yang selalu membantu rakan-rakan semasa di dalam kesusahan , menyebabkan ramai orang suka berkawan dengannya. Lagi pula , ustazahnya ada berpesan, org yang menyembunyikan tentang ilmu , akan diikat mulutnya (meletak kekang dimulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.'Tina !' Suara dania menyebabkan tina tersedar dari mengelamunnya.'Ohh yah Dania. Maaf, tadi Tina mengelamun . Tiba-tiba Tina teringat  pesanan ustazah . Tina ingat lagi tak, ustazah penah pesan supaya kita tidak kedekut ilmu dengan orang.'Oh yah, Dania ingat. Kenapa? By the way, maafkan Dania sebab dah menjerit dekat Tina tadi. Dania tak sengaja. Sebab tadi, Dania panggil, tapi Tina buat tak tahu je.' 'Tina tanya je. Itsokay Dania.' Gelak ketawa pun kembali  menyelubungi mereka. 
'Dania, jom balik. Tina dah penat ni. Lagipun, petang nanti Tina kena pergi kelas muzik. 'Kalau macam tu, jom lah balik. Actually, Dania pun penat gila tahu.' Mereka pun bergerak pulang. Semasa pulang, mereka terserempak dengan Puan Khartina, iaitu ibu kepada Adam. Puan Khartina, seorang yang disegani kerana sikapnya yang suka membantu orang ketika dalam kesusahan dan beliau merupakan salah seorang peyumbang terbesar di sekolah Sekolah Menengah Kampung Pasir Puteh. Beliau juga memegang jawatan besar di Syarikat Penang Global Tourism Sdn Bhd. Adam bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. 'Dania, Tina. Mari lah , aunty tumpang kan. Lagipun kitakan sehaluan. Mari masuk.' 'Tak pe lah aunty, Dania tak nak susahkan aunty. Lagipun, Dania tengah tunggu driver Dania datang'.'Ohh tak pe. Mari ikut aunty. Nanti Dania telefon ckp dekat driver yang aunty dah datang ambil Dania dengan Tina.' Selepas di desak berulang kali, barulah Tina dan Dania mahu mengikut puan khartina. Sebenarnya, mereka berdua tidak suka menyusahkan orang kerana mereka tah , tentu Puan Khartina penat  pulang dari tempat kerjanya.